Pagi, Tengah Hari Atau petang Aku tidak pasti sama sekali. Tapi Aku dikelilingi suara burung
yang berkicau seperti waktu pagi. Aku menjadi terharu kerana kagum melihat ciptaan Allah yang
sangat cantik ini. Aku rasa macam nak rebahkan diri. Aku cuba kuatkan
hati.
"Subbahanallah . . Sungguh cantik alam ini". Hati aku bersuara sendiri.
Aku seperti berada di alam fantasi.
"Wah ! Bunya Ros, Bunga Teratai, Bunga Mawar, berwarna-warni". Aku
berkata sekuat hati. Aku tahu tidak ada yang akan dengar jeritan aku
ini. Aku rasa tak sedap hati kerana aku tidak pernah sampai di tempat
ini. ke mana semua orang pergi? Kenapa tinggalkan aku seorang diri?. Aku
berasa ada yang memerhati.
Aku
berjalan tanpa henti. Tiada siapa yang aku temui. Aku singgah dibawah
pohon sangat besar sekali. Aku berhenti untuk berteduh dan rehatkan
diri. Aku terkejut melihat diri aku sendiri. Aku berpakaian seperti
pengantin yang larikan diri. Aku cuba ingat kenapa aku jadi begini?
kenapa aku boleh sampai disini?
Aku teruskan kan
berjalan sambil menikmati keindahan ini. Makin lama aku berada di sini
makin serasi aku dengan tempat ini. Berasa sangat tenang bila berada
ditempat di mana aku jauh dengan semua orang. Aku bahagia walaupun aku
sendiri.
Tiba-tiba, aku melihat ada orang berjalan
seorang diri. Kaki aku terus berhenti. Dari jauh aku perhati. Diam-diam
aku mengekori. Rupanya dia seorang lelaki. Aku terus, terus dan terus
mengekori. Sampai di satu tempat dia berhenti. Aku kagum melihat tempat
ini. Aku lihat sekeliling penuh dengan Stawberi.
Cara dia berjalan
aku seperti kenal sekali. Aku cuba dekatkan diri. Perlahan-Lahan aku
menghampiri. Hati ini berdenyut amat kencang sekali.
Aku semakin hampir. Sejenak aku berfikir siapa lelaki ini. Tanpa bersuara,
"Emir Amirool"
kenapa bibir aku gerakkan kata-kata itu. Dalam hati berharap dia tidak
sedar kehadiran aku ini. Perlahan-lahan dia menoleh melihat aku. Aku
terdiam, kaki aku terhenti. Dia mendekatkan diri kepada aku. Air mata
aku terus mengalir. Dia mengenggam tangan kanan aku. Dia mengesat air
mata aku. Dia bersuara
"Saya sayangkan awak".
Air mata aku terus mengalir tanpa henti. Aku terus memeluk erat tubuhnya.
"Saya
mintak maaf saya janji tak buat lagi, semua salah saya. Saya buat awak
terasa hati. Saya tak nak kehilangan awak. Jangan tinggalkan saya lagi"
aku berkata sambil meraih simpati. Tapi dia hanya diamkan diri.
Aku
masih memeluk dia dengan erat sambil menangis. Aku berjanji tak akan
ulangi kesalahan itu lagi. Dia tetap diamkan diri. Tiba-tiba terdengar
satu bunyi yang kuat sekali. Dia hilang dalam pelukan aku. Begitu cepat dia pergi.
Aku
dikejutkan alarm yang membingit telinga. Rupanya aku bermimpi saja. Aku
capai handphone dan periksa. Aku membaca segala mesej dia. Tanpa
berfikir panjang aku padam mesej yang ada. Aku ingat kata dia
"Tunggu sampai sebulan, kalau sayang".
Aku cuma ada dia. Aku akan setia tunggu dia. Dan aku bebaskan dia
mencari cinta. Sebulan bagi aku bagaikan setahun. Aku harus sabar dan
setia tunggu dia. Aku terlalu sayangkan dia. Aku yang salah, aku kena
terima segala yang dia minta. Aku serik dengan tindakan aku. Sebulan
sangat lama. Salah aku sendiri. Dia buat begini kerana mahu sedarkan
aku. Aku tahu dia sayangkan aku. Aku percayakan dia.
P/S: Aku akan tunggu dia ~_~
THANS ya ! komen la satu
Like Fan Page Lam A'Aini juga