~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Salah Sendiri

Salah Sendiri



Pagi, Tengah Hari Atau petang Aku tidak pasti sama sekali. Tapi Aku dikelilingi suara burung yang berkicau seperti waktu pagi. Aku menjadi terharu kerana kagum melihat ciptaan Allah yang sangat cantik ini. Aku rasa macam nak rebahkan diri. Aku cuba kuatkan hati.

"Subbahanallah . . Sungguh cantik alam ini". Hati aku bersuara sendiri.

Aku seperti berada di alam fantasi. "Wah ! Bunya Ros, Bunga Teratai, Bunga Mawar, berwarna-warni". Aku berkata sekuat hati. Aku tahu tidak ada yang akan dengar jeritan aku ini. Aku rasa tak sedap hati kerana aku tidak pernah sampai di tempat ini. ke mana semua orang pergi? Kenapa tinggalkan aku seorang diri?. Aku berasa ada yang memerhati.

Aku berjalan tanpa henti. Tiada siapa yang aku temui. Aku singgah dibawah pohon sangat besar sekali. Aku berhenti untuk berteduh dan rehatkan diri. Aku terkejut melihat diri aku sendiri. Aku berpakaian seperti pengantin yang larikan diri. Aku cuba ingat kenapa aku jadi begini? kenapa aku boleh sampai disini?

Aku teruskan kan berjalan sambil menikmati keindahan ini. Makin lama aku berada di sini makin serasi aku dengan tempat ini. Berasa sangat tenang bila berada ditempat di mana aku jauh dengan semua orang. Aku bahagia walaupun aku sendiri.

Tiba-tiba, aku melihat ada orang berjalan seorang diri. Kaki aku terus berhenti. Dari jauh aku perhati. Diam-diam aku mengekori. Rupanya dia seorang lelaki. Aku terus, terus dan terus mengekori. Sampai di satu tempat dia berhenti. Aku kagum melihat tempat ini. Aku lihat sekeliling penuh dengan Stawberi.
Cara dia berjalan aku seperti kenal sekali. Aku cuba dekatkan diri. Perlahan-Lahan aku menghampiri. Hati ini berdenyut amat kencang sekali.

Aku semakin hampir. Sejenak aku berfikir siapa lelaki ini. Tanpa bersuara, "Emir Amirool" kenapa bibir aku gerakkan kata-kata itu. Dalam hati berharap dia tidak sedar kehadiran aku ini. Perlahan-lahan dia menoleh melihat aku. Aku terdiam, kaki aku terhenti. Dia mendekatkan diri kepada aku. Air mata aku terus mengalir. Dia mengenggam tangan kanan aku. Dia mengesat air mata aku. Dia bersuara "Saya sayangkan awak". 

Air mata aku terus mengalir tanpa henti. Aku terus memeluk erat tubuhnya. "Saya mintak maaf saya janji tak buat lagi, semua salah saya. Saya buat awak terasa hati. Saya  tak nak kehilangan awak. Jangan tinggalkan saya lagi" aku berkata sambil meraih simpati. Tapi dia hanya diamkan diri.

Aku masih memeluk dia dengan erat sambil menangis. Aku berjanji tak akan ulangi kesalahan itu lagi. Dia tetap diamkan diri. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat sekali. Dia hilang dalam pelukan aku. Begitu cepat dia pergi.

Aku dikejutkan alarm yang membingit telinga. Rupanya aku bermimpi saja. Aku capai handphone  dan periksa. Aku membaca segala mesej dia. Tanpa berfikir panjang aku padam mesej yang ada. Aku ingat kata dia "Tunggu sampai sebulan, kalau sayang". Aku cuma ada dia. Aku akan setia tunggu dia. Dan aku bebaskan dia mencari cinta. Sebulan bagi aku bagaikan setahun. Aku harus sabar dan setia tunggu dia. Aku terlalu sayangkan dia. Aku yang salah, aku kena terima segala yang dia minta. Aku serik dengan tindakan aku. Sebulan sangat lama. Salah aku sendiri. Dia buat begini kerana mahu sedarkan aku. Aku tahu dia sayangkan aku. Aku percayakan dia.



P/S: Aku akan tunggu dia ~_~



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
0 Comments

0 COMMENT: