~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Paksa memaksa

Paksa memaksa

Malam semakin tua tapi mata belum lena. Melawan sakit kepala. Bangun dan duduk bersila. Laptop mula bercahaya. Dan tarian jari bermula.

Aku ketawa. Buat macam tak da apa. Aku gurau senda. Buat macam tak da apa. Masa berganti masa. Buat macam tak ada apa. Seksa. Tahu seksa? Tapi lama-lama aku dah boleh terima.

Jujur aku mahu kau semula. Aku masih ingat kenangan kita. Pertama kali kita jumpa. Aku cuba nak lupa. Tapi tak berdaya. Sekarang kami dah tak ada apa. Cuma kawan biasa. Itu aku suka. Kalau boleh nak berkawan rapat. Tempat meluah rasa. Tempat berbagi masalah. Tempat bercerita. Tak apa, lama-lama mungkin akan biasa.


Bukan itu yang aku nak cerita. Tak lama lagi aku dah tak ada. Maksud tak ada bukan pergi selamanya. Aku takut kalau dia dah berpunya. Aku Ikhlas dengan semua. Dia sahabat istimewa. Istimewa sebab kami berlain jantina. Ketawa kecil sambil bercerita.

Aku cuma mampu berdoa. Semoga dia bahagia. Semoga Aku kau tak lupa.

THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
0 Comments

0 COMMENT: