Agak lama blog jambu ini tidak terusik. Bukan saja tidak terusik, malah langsung tidak dijenguk. Kejam bukan? Biarkan. Sebab blog jambu ini faham apa sebenarnya yang berlaku. Sebab blog jambu ini sangat setia mendengar setiap luahan isi hati tuannya. Serius aku akan ajak blog jambu ini couple kalau dia seorang lelaki. Biarlah jambu, asal setia.
Tidak terusik, tidak bermakna tidak sayang.
Kawan, atau rakan, ialah orang yang kita kenal dia dan dia kenal kita. Sahabat pula, sama seperti kawan tapi lebih rapat dengan kita. Sahabat ialah orang yang tahu keburukan kita tetapi masih mahu berkawan dengan kita dan cuba mempertahankan kita daripada keburukan kita sendiri. Kawan pula, orang yang tahu keburukan kita, masih berkawan dengan kita tapi cuba menjatuhkan kita dengan berpelurukan keburukan kita.
Aku ramai kawan. Di Facebook, jumlahnya lebih dari 2000 orang. Tapi sahabat aku di Facebook, tak lebih dari 20 orang. Serius.
Aku ramai kawan. Di Facebook, jumlahnya lebih dari 2000 orang. Tapi sahabat aku di Facebook, tak lebih dari 20 orang. Serius.
Pernah aku memilih untuk mengasingkan diri. Lari dari dunia realiti. Angkat kaki dari dunia fantasi. Lari dari Twitter, lari dari Facebook. Jika diizinkan aku mahu lari dari diri sendiri. Aku nak menyendiri.
Ada sahabat yang nampak perubahan itu. Mereka memanggil, menghulurkan pelampung semasa aku terkapai-kapai. Tapi aku menolak. Aku mahu berenang sendiri. Biarlah lemas sekalipun. Maaf, tapi terima kasih sahabat.
Hanya ini caranya. Walaupun ramai kawan, ada masanya kita lebih suka bersendirian. Dan saat itu, satu perasaan akan muncul. Satu semangat akan timbul. Perasaan magik di mana kita merasai kemanisan kesedihan. Semangat selepas kita termenung, menangis dan melepaskan semuanya pergi. Perasaan seorang wanita yang bangkit dalam kelemahan. Perasaan seseorang yang tidak menyerah kalah walaupun di ambang kekalahan.

Dan selepas itu, kita akan bangun sendiri. Membina kehidupan baru yang pada asalnya sebuah kegagalan. Kerana setiap pengakhiran adalah sebuah permulaan yang baru. Dan kita, belajar dari kesilapan kita.