Cinta Cinta Cinta. Itu saja yang aku selalu cerita. Aku masih remaja masih berdarah panas. Anggapan cinta bukan pekara biasa. Kesalahan sentiasa ada. Kadang kala tetap sama, tetapi ada yang berbeza.
Aku cuba bayangkan aku sedang dilanda masalah peribadi. Aku pun duduk seorang diri, bercakap dalam hati, dengan diri aku sendiri. Nak buat begini takut tak jadi. Nak buat begitu tapi tak berani. Kemudian pendapat aku berkelahi.
Aku cuba mulakan cerita.
Sedang asyik merehatkan diri ditepi tangga berdekatan dengan wad pesakit perempuan. Dengan nikmatnya aku merebahkan puggung atas lantai tangga. Tiba-tiba Ina datang menerpa. Sambil menangis dia melontarkan satu per satu kata. Aku terkedu. Cuba buka telinga. Tangisan dia membuatkan segala perkataan yang dia cerita kurang jelas. Aku fahamkan apa yang dia kata.
Mungkin salah dia. Dia juga tak mahu pekara yang sama berlaku semula. Ina sahabat dari aku tadika lagi. Umur kami sebaya. Tarikh Lahir yang berbeza. Aku nak berkongsi takut ada yang terasa. Jadi aku tutup cerita. Ina juga sudah sedar kesalahan dia. Aku nasihatkan dia. Harap berjaya. Ina terus bercerita. Aku dengarkan saja.
Aku bukan nak halang. Tapi itu kehendak dia. Mungkin hati dia saja yang merasa. Dia sanggup ponteng kelas. Dia kata dia langsung tak rugi apa. Dia akan rugi kalau dia terus ke kelas.
Aku bangga dengan semangat dia. Esok tiba giliran dia. Aku turut simpati atas penyakit yang nenek Ina sedang alami. Sudah empat hari tak sedarkan diri. AL-Fatihah.
Semoga cepat sembuh.