~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Kini Hati Bersuara

Kini Hati Bersuara

Jaga dari lamunan mimpi kerana terdengar deringan telefon. Menggila membabi buta. Aku dengar suara berbicara ketika masih dalam lamunan. Tadi sekadar lamunan saja.

Aku terjaga. Rupanya rakan sekerja berbicara disebelah. Awal dia berjaga. Aku ini menumpang saja. Sehari atau dua. Sebagai peneman.

Aku terus bangun untuk kuatkan diri. Masuk bilik mandi. Gosok gigi. Gila sejuk air pagi hari. Main-main air dengan jari. Kuatkan hati. Redah saja takut terlewat nanti. "Malu kalau dia tahu aku takut Mandi pagi" kata hati mencabar diri.

 Sekarang sedang bekerja. Seperti biasa sejak bersama dengan dia. Dimana saja ada dia. Setiap lamunan ada dia. "Harap dia begitu juga" hati berkata.


Bila hati mula bersuara tangan mula berbicara. Aku luahkan saja. Setiap malam baring atas katil sebelum dia pulang kerja.

Kadang-kadang terlelap juga, Dalam lena nampak dia. Nampak dia bergurau. Nampak dia senyum ceria. Dia sentiasa bahagia. Nampak dia di mana-mana. "Awak cinta hati saya" hati bersuara.

Malunya.....

p/s: Maafkan saya.Ini entry angau dan syok sendiri



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
2 Comments

2 COMMENT:

Nadiaafarhanaa said...

done follow here :)

jom join segmen ::
http://yayaonly.blogspot.com/2013/01/segmen-jom-tambah-follower-sebanyak.html

Amirul said...

suka baca entry ni..harap cik aini bahagia dengan dengan pilihan hati...