~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Aku Kembali Bercerita

Aku Kembali Bercerita

Masih ingat kali pertama aku menulis Blog ini. Tapi masa itu blog aku baru nak celik mata. Suka cerita sesuka hati. Cerita segala apa yang terjadi. Rasa tak puas hati mesti aku kongsi. Hari semakin hari, kian menigkat usia blog ini.

Kali ini aku kembali. Dengan senang hati aku nak berkongsi.

Kau seperti hantu. Tahu? Hantu yang mengekori aku saban waktu. Hantu yang buat aku jadi tak tentu. Hantu yang aku jumpa di Muka Buku. Sudah lama aku memerhati. Aku masih tidak ambil peduli. Bermula satu pertemuan yang tak pernah aku sedari. Rupanya kita dah berkawan dari kecil lagi. Dalam erti kata lain kita memang satu sekolah rendah sekali. Sebelum ini kau memang aku tak peduli.

Dulu lain sekarang lain. Muka Buku tempat kita berhubung. Kau memang pandai ambil hati. buat aku tersenyum sendiri. Sekarang aku dah mula peduli.



Kelebihannya bermain seruling. Membuat aku tertawan hati. Kau lelaki yang amat periang sekali. Mungkin salah aku add atau aprove kau dulu. Atau salah kau yang komen status aku. Aku selesa berkawan tanpa perlu bertemu. Hari demi hari kau semakin rancak bermain di kalbu. Aku buat kau malu. Kau buat aku malu. Kau buat aku rindu.


Ingat lagi dengan kata ini. Dulu pernah aku cerita pasal ''Kekasihku Lelaki Seruling". Sungguh cepat masa berlalu. Tanpa sebab kau tinggalkan aku. Kau buat fikiran aku tak menentu. Mungkin kau ada sebab tertentu. Aku hanya mampu tersenyum. Aku terima dengan keputusan itu. Macam lirik lagu Hafiz " Deritaku Bahagiamu"

Aku menjadi sahabatmu. 
Siksanya mengakui kau teman biasa. 
Terpaksa ku terima itu hakikatnya. 
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta.

Mungkin aku angau seorang diri. Aku beri kau hati. Kau tulis nama kau di situ dengan penuh seni. Kau corakkan berwarna warni. Dan sekrang ke mana pun aku pergi aku rasa dibayangi. Jika kita titakdirkan bersama, Kita akan bersatu kembali.

P/S : Walaupun kita dah tak bersama. terima kasih sebab buat aku tak pernah rasa kehilangan.
THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
1 Comments

1 COMMENT:

Jihan said...

�������������� maafkan saya 😭😭