~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Anak Kecil Menangis Takut Api Neraka

Anak Kecil Menangis Takut Api Neraka

Assamualaikum.
Aini ada baca 1001 kisah teladan, Aini tertarik dan nak sangat kongsi kat blogger yang belum tahu tentang kisah ini.


Kisah ini menceritakan tentang anak kecil takut api api neraka.


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


p/s: takut sangat apa yang di katakan oleh budak tu.
THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
2 Comments

2 COMMENT:

Unknown said...

lebih kurang ngan entri kiter (^.^) he3,,,kiter jumpa dalam solusi..http://mizirinda1412.blogspot.com/2011/11/kisah-budak-kecil.html

salam ziarah...

Unknown said...

nice entri...thanx share...