~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: SEMUA ORANG patut TAHU Aedes

SEMUA ORANG patut TAHU Aedes

Assalamualaikum Blogger dan Blogging.
dah lama tak update. Entry kali ini ada mengenai AEDES.


KALAU TAK NAK BACA KLIK SINI



Harus tahu
Demam denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes dari darah orang yang dijangkiti ke mangsa gigitan seterusnya. Cara paling berkesan membanteras denggi adalah dengan menghalang nyamuk Aedes dari membiak. Aedes biasanya membiak dalam takungan air, contohnya di tempat seperti:
  • Parit & longkang bumbung yang tersumbat
  • Tayar terpakai, beg plastik, bekas dan sampah yang menakung air
  • Pasu jambangan bunga
  • Baldi/penyiram yang dibiar terbuka
  • Lembaran kanvas yang menakung air
  • Pokok berpasu yang tanahnya sudah keras
  • Dulang takungan di bawah unit penghawa dingin
  • Hiasan air

    Anda boleh menghindari denggi dari berleluasa dengan mengikut petua berikut:
    • Pastikan tiada air bertakung di kawasan kebiasaan pembiakan Aedes
    • Jika takungan air diperlukan, maka tambah ubat jentik-jentik ke dalamnya, atau tambah minyak ke permukaan air, atau tukar air takungan selalu.
    • Gunakan ubat nyamuk, semburan racun serangga atau kelambu bila anda berada di dalam rumah/bangunan.
    • Gunakan bam penghalau nyamuk sekiranya berada di kawasan luar yang banyak nyamuk
    • Jika anda tiada di rumah untuk tempoh yang panjang, pastikan lubang parit ditutup, penutup tandas diturunkan dan tambahkan ubat jentik-jentik ke pasu jambangan bunga, kolam mandi dan lain-lain bekas air terbuka
    • Bergotong-royong bersama jiran tetangga untuk membersihkan kawasan-kawasan berpotensi menjadi sarang biakan Aedes
    • Jika anda mengesyaki terdapat kawasan pembiakan Aedes di dalam kawasan anda seperti di rumah terbiar, tapak pembinaan, kilang atau bangunan roboh, maka hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segera.
    Proaktiflah dalam mencegah pembiakan Aedes. Tindakan pantas anda adalah penting demi menghalang penularan wabak demam Denggi.






    THANS ya ! komen la satu


    Like Fan Page Lam A'Aini juga

    Comments
    3 Comments

    3 COMMENT:

    Nyamuk Terbang said...

    err sy xbwak denggi
    hehe

    Lam A'Aini said...

    @Nyamuk Terbang
    hahahahha . . ..
    oke sy fham . . awak nyamuk yg baek :p

    Putry said...

    hihihi cik aini..putry folow cni tau..folow putry kay
    luahanhatiseoarangperempuan.blogspot.com