~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~

Dia datang lagi

Tahun lepas aku yang tinggalkan dia. Tapi aku diamkan saja. Aku tak kongsi dengan sesiapa. Aku tak tahu apa dia rasa. Aku rasa rugi tapi aku buat macam tak ada apa. 

Tak sangka selepas setahun kami bertemu semula. Kali ini aku tak mahu ulangi kesalahan sama. Aku nekad serahkan segalanya. Jadi hamba pun aku rela. Janji aku dapat sesuatu daripada dia. 

Senyum seorang diri. Suka hati. Dia datang lagi. Aku suka tengok kedatangan dia kali ini. Indah berseri. 



Selamat datang Ramadhan. Bulan yang aku nantikan. Bukan kerana aneka juadah yang dihidangkan. Bukan kerana letupan mercun dan bunga api di awangan. Bukan juga kerana Syawal yang bakal diraikan. Aku tunggu Ramadhan kerana pahala keberkatan yang ditawarkan.

Aku tahu aku tak baik mana. Banyak dosa. Sebab itu aku suka dengan kehadiran dia. Dia beri banyak pahala. Amalan dilipat ganda. Aku tahu satu bulan buat pahala takkan dapat menyamai sebelas bulan bermandi dosa. Tapi itu di tangan Allah yang Maha Kuasa. Jahat tetap jahat tapi amalan baik buat juga. Aku takut kalau amalan timbangan aku nanti terlalu banyak beza.

p/s: Ampun maaf kepada siapa yang pernah aku berbuat dosa. 


THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Sekali lagi

Duduk keliling meja. Berborak tak ingat dunia. Ada kawan buat lawak gila-gila. Aku ketawa. Aku pula buat lawak selamba. Kita ketawa bersama. Orang kata aku sempurna. Tak ada masalah sebab asyik gembira. 

Rindu. Sangat Rindu.. 
Sudah lama rasanya tidak menatap wajah wanita yang paling  aku disayang itu. Semoga dia sentiasa selamat dan diberkati tanpa aku..

Lapan belas tahun yang lalu, dia dan lelaki yang berjaya menakluk hatinya gembira bila mana doktor mengesahkan dia membawa kandungan bayi perempuan. 
Masa berlalu. Dia membesarkan aku dengan gigih tanpa berkira. Budi dan jasanya, pernah aku balas dengan perangai celaka. Namun dia tetap tabah menjaga. Walaupun dia pernah menangis mengenangkan anaknya derhaka, tapi anak itulah yang didoakan selepas selesai solatnya.

"Ya Allah selamatkan dia, permudahkan lah hidupnya"

Aku memang banyak dosa dengan dia. Buktinya sudah dua minggu aku tak telefon dia. Khabar pun tidak di tanya. Bukan aku menderhaka. Seingat aku ada pertelingkahan minda. Mungkin itu penyebabnya. "Ampunkan aku".

Masalah ini aku rahsiakan. Aku manusia biasa. Ada rasa dalam jiwa. Aku gembira, untuk menutup luka. Aku ketawa, untuk hilangkan air mata. Aku sorok rasa. Aku jarang luah semua. Spesies manusia perahsia.


Antara berjuta, dia yang teristimewa.




Tiada lagu dapat menggambarkan sayang ini pada mama.
Tiada kata dapat ditulis demi kasih ini pada mama.
Sebab aku hanya ada satu mama, iaitu mama.

Sayang Mama :'(



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Minda meluah rasa

baringkan dada di atas lantai sambil pejam mata. Beg dijadikan bantal untuk dagu. Lantas laptop dibuka dan bercahaya. Sejenak aku terdiam "kenapa laptop aku dibuka?"  terus aku terbaring dan tangan di jadikan bantal di belakang kepala. Bukan nak tidur cuma bosan dan tak tahu nak buat apa. Nak keluar tak boleh sebab aku di kawasan asrama. 

Roommate aku baring tanpa sepatah kata. Aku lihat ditangannya handfone menyala. Berfacebook agaknya. Terus aku beralih pada posisi pertama. Terdengar hati bersuara. Mungkin hati pun bosan agaknya.




Sejak dia meluahkan rasa. Aku mengaku aku suka melihatnya. Hati aku pernah berdengup kencang bagai ribut taufan yang bergongcang. Pernah sekali aku terdiam dihadapannya. Aku juga tak sangka dia meluakan rasa itu kepada aku. Sedangkan aku seorang yang banyak cakap, ketawa aku macam pontianak mengilai, cara aku duduk tak seayu gadis dari kampung dan cara jalan aku seperti lelaki badan berketak-ketak. Aku bandingkan dia dengan aku. Bagai langit dan rumput dibumi. Tapi aku lebelkan diri aku rumput yang berduri dan tidak ada sesiapa yang berani memaluinya.

Sejak peristiwa itu, aku pernah tanya pendapat kepada roommate ku. Ingatkan boleh dapat jawapan sepatah dua. Malah aku dijadikan bahan ketawa. Roommate aku memang suka berjenaka. Dan itulah jawapannya. KLIA College. Banyak penghuni Sarawak. Aku satu-satunya gadis Pulau. Dari Langkawi ku berhijrah untuk mencari ilmu. Bukan mencari jodoh. 

Balik kepada Si Dia. Mukin ini hanya permainan minda semata. Aku takut keadaan berubah. Dari kawan menjadi suka. Hati juga sering berfikir mungkin ini hanya gurau senda. Apa pun aku hanya menunggu masa. Harap kami kawan cukup sekadar kawan. Tapi bukan kawan yang selalu mendengar setiap luahan. Bukan kawan yang boleh diajak berbual bila bosan. Kalau jumpa dan besua muka harap aku dapat jadi aku yang sebelum ini. Atau aku perlu buat-buat tak nampak dan teruskan perjalanan. 




THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

ada masa kita perlu bersendiri


Agak lama blog jambu ini tidak terusik. Bukan saja tidak terusik, malah langsung tidak dijenguk. Kejam bukan? Biarkan. Sebab blog jambu ini faham apa sebenarnya yang berlaku. Sebab blog jambu ini sangat setia mendengar setiap luahan isi hati tuannya. Serius aku akan ajak blog jambu ini couple kalau dia seorang lelaki. Biarlah jambu, asal setia. 


Tidak terusik, tidak bermakna tidak sayang.




Kawan, atau rakan, ialah orang yang kita kenal dia dan dia kenal kita. Sahabat pula, sama seperti kawan tapi lebih rapat dengan kita. Sahabat ialah orang yang tahu keburukan kita tetapi masih mahu berkawan dengan kita dan cuba mempertahankan kita daripada keburukan kita sendiri. Kawan pula, orang yang tahu keburukan kita, masih berkawan dengan kita tapi cuba menjatuhkan kita dengan berpelurukan keburukan kita. 


Aku ramai kawan. Di Facebook, jumlahnya lebih dari 2000 orang. Tapi sahabat aku di Facebook, tak lebih dari 20 orang. Serius. 

Pernah aku memilih untuk mengasingkan diri. Lari dari dunia realiti. Angkat kaki dari dunia fantasi. Lari dari Twitter, lari dari Facebook. Jika diizinkan aku mahu lari dari diri sendiri. Aku nak menyendiri.

Ada sahabat yang nampak perubahan itu. Mereka memanggil, menghulurkan pelampung semasa aku terkapai-kapai. Tapi aku menolak. Aku mahu berenang sendiri. Biarlah lemas sekalipun. Maaf, tapi terima kasih sahabat. 

Hanya ini caranya. Walaupun ramai kawan, ada masanya kita lebih suka bersendirian. Dan saat itu, satu perasaan akan muncul. Satu semangat akan timbul. Perasaan magik di mana kita merasai kemanisan kesedihan. Semangat selepas kita termenung, menangis dan melepaskan semuanya pergi. Perasaan seorang wanita yang bangkit dalam kelemahan. Perasaan seseorang yang tidak menyerah kalah walaupun di ambang kekalahan.

Dan selepas itu, kita akan bangun sendiri. Membina kehidupan baru yang pada asalnya sebuah kegagalan. Kerana setiap pengakhiran adalah sebuah permulaan yang baru. Dan kita, belajar dari kesilapan kita. 


THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Senarai Nama dan Jawatan Menteri Kabinet Malaysia 2013







BARISAN MENTERI KABINET MALAYSIA 2013

Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak


Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri Jabatan Perdana Menteri
  • Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom
  • Senator Abd Wahid Omar
  • Senator Datuk Seri Idris Jala
  • Senator Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  • Datuk Seri Shahidan Kasim
  • Pn Hjh Nancy Shukry
  • Datuk Joseh Entulu
  • Senator Paul Lau Seng Kuat
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Razali Ibrahim
  • P.Waythamoorthy


Kementerian Pertahanan
  • Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Rahim Bakri


Kementerian Kewangan
  • Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Menteri Kewangan Malaysia (II): Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
  • Timbalan Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Ahmad Madzlan


Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II):  Datuk Seri Idris Jusuh
  • Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Datuk Dr Meryl Yap
  • Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): Datuk P Kalamanatahan


Kementerian Dalam Negeri
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi


Kementerian Pengangkutan
  • Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pemangku)
  • Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk abdul Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
  • Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohd Nazri Nazri Aziz
  • Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Joseph Salang


Kementerian Luar Negeri
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman
  • Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Hamzah Zainudin


Kementerian Kerja Raya
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Fadilah Yusuf
  • Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Abd Rashid


Kementerian Kesihatan
  • Menteri Kesihatan: Datuk S Subramaniam
  • Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Hilmi Yahya


Kementerian Belia Dan Sukan
  • Menteri Belia Dan Sukan: Khairy Jamaluddin
  • Timbalan Menteri Belia Dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan


Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Datuk Hassan Malik
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Senator Ahmad Bashah


Kementerian Perdagangan Antarabangsa
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa: Mustapa Muhammad
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa: Datuk Hamim Samuri


Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
  • Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub
  • Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Tajuddin Abd Rahman


Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi
  • Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Ivon Ibin
  • Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Sr Abu Bakar


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Seri G Palanivel
  • Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Dr James Dawos


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Dr Maxsimus Ongkili
  • Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Mahathir Khalid


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Sri Shafie Apdal
  • Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi


Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Douglas Unggah
  • Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Kasnun


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
  • Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Sadique


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Rohani Ab Karim
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Dr James Dawus


Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Jailani Johari


Kementerian Wilayah Persekutuan

  • Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tg Adnan Tengku Mansoor
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Senator Datuk Dr Logabalamohan

THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga