~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Cemburu dan Iri Hati

Cemburu dan Iri Hati

Aku ada idola. lebih dari kiraan satu. Aku mahu jadi seperti mereka. Aku kagum dengan mereka. Tertarik dengan pencapaian mereka. Kawan aku banyak yang berjaya. Tapi tak rapat semua. Tak kisah tengtang cerita mereka.



Lihat cermin sambil bercerita banyak jugak bintik dimuka. Biasalah usia remaja. tambah dengan penyakit campak yang bermaharaja. "Babi Babi Babi" Dulu diseru sahaja. 

"Astaghfirullahalazim" aku terjaga.
"Jangan jadi Si Hidung tinggi" teringat pesan ibu.

Jika aku pernah Iri Hati dengan kelebihan orang. Maaf dipinta. Aku juga manusia biasa. Tak pernah lari dari dosa. Bagi tahu saja. Berbalik kepada tajuk yang ada. Kau cakap ikut suka. Kau simpan Cemburu buta. sebab mata kau tak buta. "hehe" aku ketawa kecil sambil bercerita.

SEMALAM . . . .




Terasa panas ditelinga. Aku diam terlalu lama. Aku yang buat dia cemburu. Lalu dia meluah rasa, terus mengalir air mata. Aku tak mahu sakitkan hati dia kerana aku sayang kan dia. Tapi kenapa ? dia sudah terasa.

Sebak dada. Aku tahu aku yang salah tapi aku terasa sebab dia lontar kata "Ikut suka". Kalau sayang nasihatkan saja. Mungkin dia tengah marah. Tiba-tiba jadi tegas orangnya. Aku terima segala.

"lupakan saja" dia yang kata. Rupanya dia sayang juga. Tiba-tiba panggilan terputus. aku diam seketika. Kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya. Bunyi hingus disedut kemudian tersepit sebab berlaga di dalam rongga.

Terkejut sebab ada getaran ditangan. Rupanya telefon bimbit yang aku genggam bergetar. Ada mesej dari dia. Kredit habis katanya. tamat disitu saja.

Kepada dia, aku memohon maaf secara terbuka atas kesalahan yang tak disengajakan yang aku lakukan itu. Semoga kesalahan seperti itu tidak berulang dan kalau ada, tegurlah kerana sesungguhnya aku cuma manusia yang tidak dapat lari dari kesilapan.

p/s: bercerita bukan dengan kata-kata........
THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
1 Comments

1 COMMENT:

cinta islam said...

InsyaAllah..hati dia akan lembut..dan maafkan aini..aini perlu bersabar...