~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Bukan Peristiwa Lama

Bukan Peristiwa Lama



Ruang tamu sunyi sepi. Kedengaran keybord ditekan. Semua orang ada masalah. Termasuk yang sedang membaca. Kiri kanan aku perhati terasa ada yang memerhati. Rumah tiada siapa. Penghuni rumah kerja semua.

Kedengaran suara Diana ketawa. Mungkin telalu rindukan dia. Kemarin aku redah saja. Jauh pun tak apa. Asal dapat berjumpa dapat bersua muka. Aku tengok dia masih kurang stabil cara dia jalan. Lebih kurang lima bulan Diana sembuh dari kemalangan jalan raya. Itu pun bukan sepenuhnya. "Kau masih admire dekat dia" tanya aku kepada Diana.



Alhamdulillah Diana masih tak berubah.

Perasaan Diana masih tak berubah. Empat tahun dia memendam rasa. Aku berasa bangga. Jujur aku kata dia sahabat yang tercinta. "Diana, dia mintak aku jadi kekasih dia" sengaja aku main kata. Diana hanya ketawa. Tiba-tiba Diana lontarkan kata "Aku buat solat hajat.........." terkaku aku terdengar. Dalam fikiran terus terbayangkan seseorang. Peristiwa lama lupakan saja. Dia sahabat yang aku memendam rasa. Sekarang aku ada dia.

Kalau dia jodoh kau, sejauh mana kau pergi dia tetap untuk kau. Hati orang aku tak boleh baca. aku bukan Sang Pencipta yang berkuasa. "Kalau dia jodoh kau aku sujud syukur" aku berkata. Sedap sambal merah yang Mak Diana masak. Aku dah kenyang makan cuma nak merasa.


Kalau dipendam aku boleh jadi gila. Aku beritahu sahaja. Ini kisah tentang dia. Aku sayang dia macam orang gila tapi dia kata dia tak rasa. Aku setia bagai nak gila. Dia kata dia curiga. Dia tak percaya. Sayang aku macam sia-sia. Rasa tak dihargai pun ada. Aku bukan pendusta.

Kali ini aku tak mahu ulangi kesalahan sama. Semua kata dia aku ikut saja. Aku nekad serahkan segalanya. Jadi hamba pun aku rela. "Awak saya sayang awak, kenapa awak tak rasa" aku berharap dia percaya tanpa rasa curiga.

p/s:Cinta itu manis saat baru ia dimulai, lebih manis lagi kalau tidak pernah berakhir.....
THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
0 Comments

0 COMMENT: