~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: February 2013

Akhirnya Sama

Manusia ada citarasa. Aku juga sama. Aku faham citarasa kita berbeza. Aku begini dan kau sebaliknya. Biasa. Adat dunia. Kena terima dengan minda terbuka.



Lumrah perempuan nak lelaki yang kacak bergaya. Aku juga. Aku nak lelaki yang berambut pacak, gagah dan ada kereta. Aku tak minat lelaki rambut bertempek di dahi atau panjang sampai menutup telinga. Aku nak lelaki berkereta sebab aku rasa berkereta itu lebih selamat dan terjaga.

Akhirnya aku jumpa lelaki yang memenuhi citarasa aku. Daripada sepuluh citarasa yang aku mahu, dia ada lebih separuh daripada itu. Cukuplah bagi aku sebab memang itu yang aku perlu.

Kami bercinta. Kami bahagia. Tapi lama-lama macam ada yang tak kena. Aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu salah siapa. Umpama kaca yang merekah lama kelamaan berkecai juga. Tamat cerita.

Hari ini aku jumpa orang yang langsung tak ada citarasa yang aku suka. Rambut ada macam tak ada. Badan tak setegap macam yang aku minat gila-gila. Kawan aku pernah tanya, gila kau boleh suka orang yang tak memenuhi kriteria? Tak gila pun sebenarnya. Sebab aku mula sedar citarasa cuma sekadar rasa.
Hari ini aku bahagia. Dia lelaki yang tak kacak tapi setia. Dia lelaki yang tak ada six packs tapi tahu menjaga aku daripada bahaya. Dia lelaki yang tahu menukar duka menjadi suka. Dia lelaki yang pandai berjenaka. Aku sayang dia.

Akhirnya sama. Kami berpisah juga. Aku tak penuhi kriteria dia. Aku bukan cita rasa dia. Aku harap dia yang terakhir. Rupanya bukan dia. Aku harus redha.

P/S : Citarasa hanya satu iklan apabila jodoh sudah lama ditentukan !



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Pencarian Bloglist Fizgraphic

Assalamualaikum .

Terasa lama tak join segmen blogger ni. Tiba-tiba Aini ternampak Abg Hafiz post mengenai segmen. Tergerak hati nak join segmen ini.

 
 
 
Siapa tak tahu laman web tu. FizGraphic Sangat terkenal dengan doodle buatannya sendiri. Aini sangat terpegun dengan ideanya. Banyak doodle comel yang dihasilkan oleh tangannya sendiri. Siapa yang nak Freebies silalah ke blog FizGraphic.com
 
Maaf, Aini bukan tak nak cerita panjang lebar. banyak lagi cerita mengenai FizGraphic ni. Tapi masa sangat suntuk. Blog dia sangat menarik. Tutorial jugak sangat berguna. Segala tutorial yang dia sediakan sangat berguna untuk para blogger. Dan sangat bermakna untuk Aini. Aini juga pernah terjah dan ikut Step tutorial FizGraphic.
 
Apa pun, Masih ada beberapa minit lagi untuk join. Dengan segmen ini juga dapat membantu menaikkan trafic blog. So, jangan terlepas peluang ini. Do the best kepada siapa yang join segmen ini.
 
Aini juga nak ucap terima kasih kepada FizGrafiphic kerana mengadakan segmen ini
 
 
 

THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

happy tidak bermakna tak da masalah



Kenapa aku selalu Happy? Sebab aku yang pilih macam ni.

Ada orang tanya aku,
"Aku tengok kau happy je, kau tak sedih ke".

Yup. Aku angguk dengan penuh bangga.



Bagi aku NOTHING IS IMPOSSIBLE or IMPOSSIBLE IS NOTHING .
Bukankah setiap kesalahan itu pengajaran? Bukankah setiap kesalahan itu peringatan kepada kita untuk tidak terus membuat kesalahan? Bukankah sudah tertulis setiap masalah ada jalan penyelesaian?




Betul, benda yang dah jadi tu sakit rasanya. Betul, benda yang dah jadi tu susah nak lupa. Betul, ada sesetengah orang dan sesetengah benda dalam hidup aku yang buat aku rasa FUCK gila. Betul, setiap orang yang hidup ada masalah sendiri atas dunia ni.

Hadapi masalah yang ada. 
Jangan bagi masalah itu lagi berkuasa dari kita

Aku tahu mesti ada orang akan mengata . Tapi tak apa, sebab aku bukan saja-saja kata. Aku kata sebab aku percaya. Aku percaya di akhir cerita semuanya akan sempurna. perxaya pada diri dan percaya pada yang maha kuasa. Kalau tak percaya pada diri sendiri itu namanya gila. kalau tak percaya pada yang maha kuasa itu namanya hina. Aku yakin dengan apa yang berlaku. Semuanya dah tertulis.



P/S: Kenapa aku mesti fikir benda yang dah jadi? Lebih baik aku fikir macam mana nak buat esok lebih baik dari hari ini. Benda yang dah nak jadi biarkan ia pergi.



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga