~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Kehilangan

Kehilangan

Berbalik kepada cerita sebelum ni.
Sedang asyik mesej dengan lelaki itu. harap dia yang terakhir dalam hidup aku. ya, dia kekasih aku. Lelaki seruling yang pernah aku cerita dulu.

"kita kawan?.."

Ayat itu. Mesej itu. Hati aku patah macam kayu. Patah seribu ? ini dah patah beratus ribu. Hati sayu. Hati pilu. Hati lesu. Terasa amat malu. Fuck you!


Kenapa? kenapa? kenapa? . . aku cuba tenangkan diri. rasa macam nak mati. kalau nak aku kongsi lagi. aku  masih okey. Mugkin dia tak peduli. Sekarang hati aku dah di ubati. Sebab aku tak letak harapan yang begitu tinggi. mungkin wajah aku nampak macam senang hati.

Hampir setiap hari aku bergaduh dengan perasaan. Diam seketika. Kemudian aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Mungkin kisah ini sudah belalu. Masih belum luput dalam ingatan aku. Aku membalas dengan ayat yang selamba. Itu ayat terpaksa. Takkan aku nak melutut merayu suruh terima juga. Gila ke apa? Malu kena jaga. Dah orang tak suka kita nak buat macam mana. Mungkin pepatah ada berkata, bunga bukan sekuntum dalam dunia. Itu pepatah yang berkata. Sekarang aku pula nak berkata "Kumbang bukan seekor dalam dunia." Tapi pepatah mungkin lupa, tak semua bunga mampu memikat mata. Aku juga akan berkata "Tak semua kumbang mampu memikat mata"

Perkara yang menyakitkan kita hari ni menguatkan kita di esok hari.

Sebelum ni aku sedih juga. Aku sayang dia. Tapi lama-lama aku rasa macam tak guna sedih lama-lama. Buat apa nak sedih hilang sesorang yang pernah cintakan aku seadanya?? Dia yang patut sedih sebab hilang seseorang yang bertul-betul cintakan dia sepenuh jiwa.


P/s : Aku terus menghembus semangat saat air mata aku hampir mengalir. Cuma hati aku yang menangis ;)



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
0 Comments

0 COMMENT: