~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: October 2013

Minda meluah rasa

baringkan dada di atas lantai sambil pejam mata. Beg dijadikan bantal untuk dagu. Lantas laptop dibuka dan bercahaya. Sejenak aku terdiam "kenapa laptop aku dibuka?"  terus aku terbaring dan tangan di jadikan bantal di belakang kepala. Bukan nak tidur cuma bosan dan tak tahu nak buat apa. Nak keluar tak boleh sebab aku di kawasan asrama. 

Roommate aku baring tanpa sepatah kata. Aku lihat ditangannya handfone menyala. Berfacebook agaknya. Terus aku beralih pada posisi pertama. Terdengar hati bersuara. Mungkin hati pun bosan agaknya.




Sejak dia meluahkan rasa. Aku mengaku aku suka melihatnya. Hati aku pernah berdengup kencang bagai ribut taufan yang bergongcang. Pernah sekali aku terdiam dihadapannya. Aku juga tak sangka dia meluakan rasa itu kepada aku. Sedangkan aku seorang yang banyak cakap, ketawa aku macam pontianak mengilai, cara aku duduk tak seayu gadis dari kampung dan cara jalan aku seperti lelaki badan berketak-ketak. Aku bandingkan dia dengan aku. Bagai langit dan rumput dibumi. Tapi aku lebelkan diri aku rumput yang berduri dan tidak ada sesiapa yang berani memaluinya.

Sejak peristiwa itu, aku pernah tanya pendapat kepada roommate ku. Ingatkan boleh dapat jawapan sepatah dua. Malah aku dijadikan bahan ketawa. Roommate aku memang suka berjenaka. Dan itulah jawapannya. KLIA College. Banyak penghuni Sarawak. Aku satu-satunya gadis Pulau. Dari Langkawi ku berhijrah untuk mencari ilmu. Bukan mencari jodoh. 

Balik kepada Si Dia. Mukin ini hanya permainan minda semata. Aku takut keadaan berubah. Dari kawan menjadi suka. Hati juga sering berfikir mungkin ini hanya gurau senda. Apa pun aku hanya menunggu masa. Harap kami kawan cukup sekadar kawan. Tapi bukan kawan yang selalu mendengar setiap luahan. Bukan kawan yang boleh diajak berbual bila bosan. Kalau jumpa dan besua muka harap aku dapat jadi aku yang sebelum ini. Atau aku perlu buat-buat tak nampak dan teruskan perjalanan. 




THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

ada masa kita perlu bersendiri


Agak lama blog jambu ini tidak terusik. Bukan saja tidak terusik, malah langsung tidak dijenguk. Kejam bukan? Biarkan. Sebab blog jambu ini faham apa sebenarnya yang berlaku. Sebab blog jambu ini sangat setia mendengar setiap luahan isi hati tuannya. Serius aku akan ajak blog jambu ini couple kalau dia seorang lelaki. Biarlah jambu, asal setia. 


Tidak terusik, tidak bermakna tidak sayang.




Kawan, atau rakan, ialah orang yang kita kenal dia dan dia kenal kita. Sahabat pula, sama seperti kawan tapi lebih rapat dengan kita. Sahabat ialah orang yang tahu keburukan kita tetapi masih mahu berkawan dengan kita dan cuba mempertahankan kita daripada keburukan kita sendiri. Kawan pula, orang yang tahu keburukan kita, masih berkawan dengan kita tapi cuba menjatuhkan kita dengan berpelurukan keburukan kita. 


Aku ramai kawan. Di Facebook, jumlahnya lebih dari 2000 orang. Tapi sahabat aku di Facebook, tak lebih dari 20 orang. Serius. 

Pernah aku memilih untuk mengasingkan diri. Lari dari dunia realiti. Angkat kaki dari dunia fantasi. Lari dari Twitter, lari dari Facebook. Jika diizinkan aku mahu lari dari diri sendiri. Aku nak menyendiri.

Ada sahabat yang nampak perubahan itu. Mereka memanggil, menghulurkan pelampung semasa aku terkapai-kapai. Tapi aku menolak. Aku mahu berenang sendiri. Biarlah lemas sekalipun. Maaf, tapi terima kasih sahabat. 

Hanya ini caranya. Walaupun ramai kawan, ada masanya kita lebih suka bersendirian. Dan saat itu, satu perasaan akan muncul. Satu semangat akan timbul. Perasaan magik di mana kita merasai kemanisan kesedihan. Semangat selepas kita termenung, menangis dan melepaskan semuanya pergi. Perasaan seorang wanita yang bangkit dalam kelemahan. Perasaan seseorang yang tidak menyerah kalah walaupun di ambang kekalahan.

Dan selepas itu, kita akan bangun sendiri. Membina kehidupan baru yang pada asalnya sebuah kegagalan. Kerana setiap pengakhiran adalah sebuah permulaan yang baru. Dan kita, belajar dari kesilapan kita. 


THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga