~!✿BLOG LAM A'AINI✿!~: Akhirnya Sama

Akhirnya Sama

Manusia ada citarasa. Aku juga sama. Aku faham citarasa kita berbeza. Aku begini dan kau sebaliknya. Biasa. Adat dunia. Kena terima dengan minda terbuka.



Lumrah perempuan nak lelaki yang kacak bergaya. Aku juga. Aku nak lelaki yang berambut pacak, gagah dan ada kereta. Aku tak minat lelaki rambut bertempek di dahi atau panjang sampai menutup telinga. Aku nak lelaki berkereta sebab aku rasa berkereta itu lebih selamat dan terjaga.

Akhirnya aku jumpa lelaki yang memenuhi citarasa aku. Daripada sepuluh citarasa yang aku mahu, dia ada lebih separuh daripada itu. Cukuplah bagi aku sebab memang itu yang aku perlu.

Kami bercinta. Kami bahagia. Tapi lama-lama macam ada yang tak kena. Aku tak tahu kenapa. Aku tak tahu salah siapa. Umpama kaca yang merekah lama kelamaan berkecai juga. Tamat cerita.

Hari ini aku jumpa orang yang langsung tak ada citarasa yang aku suka. Rambut ada macam tak ada. Badan tak setegap macam yang aku minat gila-gila. Kawan aku pernah tanya, gila kau boleh suka orang yang tak memenuhi kriteria? Tak gila pun sebenarnya. Sebab aku mula sedar citarasa cuma sekadar rasa.
Hari ini aku bahagia. Dia lelaki yang tak kacak tapi setia. Dia lelaki yang tak ada six packs tapi tahu menjaga aku daripada bahaya. Dia lelaki yang tahu menukar duka menjadi suka. Dia lelaki yang pandai berjenaka. Aku sayang dia.

Akhirnya sama. Kami berpisah juga. Aku tak penuhi kriteria dia. Aku bukan cita rasa dia. Aku harap dia yang terakhir. Rupanya bukan dia. Aku harus redha.

P/S : Citarasa hanya satu iklan apabila jodoh sudah lama ditentukan !



THANS ya ! komen la satu


Like Fan Page Lam A'Aini juga

Comments
1 Comments

1 COMMENT:

Unknown said...

bukann jodoh hang tu. Chillex. kita muda lagi what :)